Semasa saya sedang menyiapkan sambungan Sayang Sarawak untuk bahagian 2, tiba-tiba teman sebilik saya memberitahu bahawa Din Beramboi kembali ke Rahmatullah. Mulanya saya tidak percaya kerana ketika membelek-belek muka akhbar 1 April pagi itu, saya membaca artikel mengenai kesihatan Allahyarham yang sudah stabil. Namun semuanya kehendak Allah yang tiada siapa dapat menduga. Semoga tenang di alam yang kekal selamanya. Buat teman-teman dan diri saya sendiri, bersamalah kita membuat persediaan yang lengkap menuju ke alam sana. Mungkin sekarang kita jarang memikirkannya, tapi itulah yang nyata. Lupa saya yang malam ini malam Jumaat, malam penghulu segala hari. Mudahan rahmat ini juga untuk Allahyarham yang pergi meninggalkan kita. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment