Thursday, 1 April 2010


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua teman-teman yang sudi singgah untuk bersama saya mencari kasih. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya sebelum ini saya pernah ada sebuah blog untuk pelbagai rasa yang saya luahkan. Satu kisah yang pernah saya coretkan ialah mengenai Sayang Sarawak bahagian 1. Beberapa hari ini, saya cuba untuk membuka alamat blog saya itu tetapi gagal. Lantas, saya membuka sebuah lagi alamat yang baru kerana jari-jemari saya sudah meronta-ronta untuk menulis. Andai ada dalam kalangan teman-teman yang ingin mengikuti jalan cerita Sayang Sarawak bahagian 1, sila tekan link ini: safwanrazali.blogspot.com



Saya sudah mati akal untuk terus mencuba. Harap teman-teman terus membantu saya mengembangkan blog saya ini. Kalau ada cerita yang ingin dikongsikan bersama, hantarkan sahaja kepada saya untuk diposkan di sini. Saya pasti tidak akan menukar nama penulisnya...

No comments:

Post a Comment