Friday 2 April 2010

Lewat pulang daripada mesyuarat di salah sebuah organisasi yang saya daftar sebagai ahli, tiba-tiba hati saya tergerak untuk menulis sedikit tentang sebuah kampung di kawasan Semarahan Sarawak iaitu Kampung Mang. Mungkin bagi masyarakat yang tinggal di Sarawak, nama kampung ini sudah begitu popular kerana nama kampung ini agak unik. Ini saya kongsikan lokasi kawasan kampung Mang. Saya mencari sedikit maklumat tentang kampung ini. Perkataan Mang ini dipercayai diambil daripada sebuah pokok yang bernama pokok Mang. Pokok ini dikatakan juga berada di tengah-tengah kampung ini. Apa yang ingin saya kongsikan di sini bukannya mengenai lokasi kampung tersebut, tetapi mengenai falsafah pokok Mang ini. Dapat saya bayangkan pokok Mang ini ialah sepohon pokok asam yang tidak popular seperti buahan yang lain. Di Sarawak, buah asam mang ini kurang popular kerana satu ketika dahulu, terdapat banyak pokok asam jenis mang ini di hadapan rumah saya. Anehnya, pada ketika pokok ini berbuah, tiada siapa yang bertanyakan akan buah ini berbanding buah asam seperti mempelam dan sebagainya. Pokok asam mang ini walaupun buahnya tidaklah standing buah asam yang sekeluarga dengannya, namun keutuhan pokok ini yang teguh dan mudah ditanam. Walaupun buahnya tidak semahal buah asam yang lain, namun hadirnya ketika musimnya berbuah menyejukkan mata memandang. Kadang kala, pokok asam seperti mempelam kiranya, begitu menyerlah ketika berbuah, tapi sayang andai hanya berbuah untuk membebankan ramai orang. Mungkin ada dua yang saya ingin kongsi di sini; pertama mengenai Kampung Mang yang sememangnya terkenal di Sarawak, walaupun saya sendiri belum lagi sampai ke sini, dan keduanya, mengenai keupayaan tidak semestinya dilihat dari percakapan. Kerana kadang-kadang mereka yang bercakap tidak membuat apa-apa melainkan hanya bercakap. Sebaliknya, yang diam itulah yang bekerja. Tidak mengapa andai kata hari ini asam mang itu tidak dilihat orang, kerana asam mang itu akan tinggi nilainya andai asam mempelam gagal berbuah lagi. Salam asam mang ya semua, terima kasih kerana meluang masa…

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete