Baru-baru ini saya menjadi pengacara majlis dalam Malam Randau Kenyalang. Hakikatnya saya kurang pasti maksud Randau, terus saya kongsikan buat teman-teman semua. Randau merupakan kaitan dengan makanan. Tapi saya tidak pasti jenis makanan apa yang dimaksudkan. Pada majlis tersebut, ramai rakan-rakan daripada Bumi Kenyalang berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Makanan yang ada pun berbaloi dengan bayarannya. Umph!! Sesiapa yang pulang kelaparan pada malam itu mungkin ada masalah dengan deria rasa. Bermacam-macam aktiviti sepanjang makan malam tersebut, termasuklah tarian Ngajat. Pada awalnya, teks saya menyatakan bahawa Ngajat merupakan tarian suku kaum Iban, apabila penarinya sampai tarian Ngajat tersebut berasal daripada suku kaum Kenyah. Suku kaum Kenyah juga merupakan peribumi Sarawak yang termasuk dalam suku kaum Orang Ulu dan kebanyakkannya tinggal di pedalaman Hulu Sungai Baram. Itu mungkin pada satu masa dahulu, namun kini suku kaum ini sudah sebaris dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. Tarian ngajat ini cukup unik, kenapa? Cukup dengan seorang penari, tarian ini sudah lengkap. Saya kurang pasti jika perlu ramai lagi penari untuk tarian ini. Selain daripada itu, karoeke juga mendapat sambutan paling hangat. Tidak kira hangat daripada penyanyi atau penontonnya. Apa yang paling menarik pada malam itu ialah ketika bermukun. Mukun bukannya bekas ataupun tempat menyimpan barang, tetapi merupakan tradisi masyarakat Melayu Sarawak dan biasanya dipersembahkan ketika adanya keramaian perkahwinan. Terdapat kaum wanita di sebalik penghadang yang memukul gendang sambil berpantun dan kaum pemuda bertandak iaitu menari dengan segaknya. Malam Randau Kenyalang ini telah menjadi ruang kepada anak-anak Sarawak khususnya untuk bersama-sama dan berkenalan. Semoga berjumpa lagi tahun akan datang!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah2. dah rajin update blog... maklum la tgh study ict.. hahahah...
ReplyDeletecgek jak aku mok komen, perkataan randau ya bkn bermaksud makanan. randau maksud nya kta berkumpul rami2 n then kta relax2 sambil borak2... ya jak la.. heheheh
kamek rujuk kamus dewan ya deng.. bermaksud tambahan dalam makanan.. terpaksa la pemasra tukar nama randau ya next year sebab dah salah definisi.. ha3
ReplyDeletehahahha.... o tedah... nama randau ya asal dari bhs iban.... kamus dewan ya nang pelik2 jak.. hahahah
ReplyDeletesapa nak di salah tok, kamus ka aku.. hu3
ReplyDeletesalam ukwah:
ReplyDeletesaya tertarik dengan artikel yg ditulis saudra safwan... hal ini kerana tidak banyak blog yang membicarakan soal budaya dan masyarakat minoriti..penzahiran ini amat penting dalam meraikan kpelbagaian dan menghormati budaya etnik lain... we stand as one family....
saya berharap usaha dan inisiatif saudara dapat memberikan manfaat serta faedah kepada masyarakat kerana tidak banyak info yg kita ketahui sebenarnya mengenai adat dan budaya masyarakat serawak ini.
jika diberikan peluang, saya ingin meraikan adat dan majlis yang unik ini.
kepekaan terhadap budaya dan adat adalah satu sikap yang mulia dan sewajarnya menjadi contoh kepada rakan 2 yg lain.....
sekian....helmi othman ....sain pol..2010
terima kasih saudara Helmi atas komen yang membina, InsyaAllah ramai lagi rakan-rakan menulis tentang budaya terutama suku kaum minoriti seperti ini, mungkin kita terlepas pandang..
ReplyDeletesaudara helmi mungkin perlukan blog untuk luahan rasa, saya suka untuk membacanya..