Tuesday, 2 November 2010

Aidil Adha

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail pasti akan mendapat tempat bermula beberapa hari daripada sekarang. Aidil Adha yang datang membawa kita mengingati kembali peristiwa di tanah suci yang menjadi saksi pengorbanan besar Nabi Ibrahim yang mentaati perintah Allah s.w.t. Mungkin dari sudut sambutan perayaan, siapa sahaja boleh menyambutnya. Tetapi alangkah ruginya jika isi sebenar pengorbanan seorang anak dan ayah dalam menyempurnakan perintah Allah tidak disertakan sekali dalam sambutan seperti itu. Mungkin ada post untuk Aidil Adha ini, tetapi bukan untuk semua. Untuk kita-kita.

1 comment:

  1. sedihnya, thn ni xdapat sambut aidiladha dengan mak ayah n adik lelaki..sebab dorang sambut kat mekah... ;(

    ReplyDelete