Monday, 7 June 2010

Syukur Alhamdulilah..

Keputusan peperiksaan semester 2 baru-baru ini diumumkan pada 4 Jun 2010, malangnya saya tidak dapat memuat turun keputusan saya daripada portal pelajar kerana hutang saya sebanyak RM27 belum dijelaskan di Bendahari. Kebetulan pada 4 Jun adalah hari Jumaat dan saya tidak berkesempatan untuk ke bank kerana ada tuntutan kerja yang lain. Terus pagi Isnin 7 Jun saya meminta bantuan rakan saya untuk menjelaskan hutang saya tersebut di Bendahari. Alhamdulilah saya dapat menyemak keputusan saya dan saya sangat bersyukur atas keputusan yang saya perolehi. Ini semua berkat doa ayahnda dan bonda, keluarga dan rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih semua!

1 comment: