Andai aku bisa mengatur detik waktu, hanya tiap detik saat ku sulam bersamamu. Kerana aku tahu cintaku kepadamu membatasi segalanya tanpa mengira detik waktu. Andai kau bisa mendengar tiap degup jantungku, hanya terdengar seruan namamu. Andai kau bisa membaca tiap ruang di mataku, hanya terukir namamu di setiap pandangku. Aku hanya mampu menilai mu seadanya, kerana aku tahu diriku tidak layak menitip tiap detik angka menilai peribadi mu. Aku mahu kau selalu berada di samping ku. Bersama membuai mimpi resah gelisah. Aku takut kehilanganmu, tiap saat aku mencurigai dirimu kerana dalamnya kasihku padamu. Andai kau mengerti maksudku ini Navel, cintailah aku. Kasihilah aku. Mengerti akan aku. Kerana hanya untukku. Tiada lain. Semoga apa yang kita janji dan impikan, tercapai selalu...
Monday, 28 June 2010
Monday, 7 June 2010
Syukur Alhamdulilah..
Keputusan peperiksaan semester 2 baru-baru ini diumumkan pada 4 Jun 2010, malangnya saya tidak dapat memuat turun keputusan saya daripada portal pelajar kerana hutang saya sebanyak RM27 belum dijelaskan di Bendahari. Kebetulan pada 4 Jun adalah hari Jumaat dan saya tidak berkesempatan untuk ke bank kerana ada tuntutan kerja yang lain. Terus pagi Isnin 7 Jun saya meminta bantuan rakan saya untuk menjelaskan hutang saya tersebut di Bendahari. Alhamdulilah saya dapat menyemak keputusan saya dan saya sangat bersyukur atas keputusan yang saya perolehi. Ini semua berkat doa ayahnda dan bonda, keluarga dan rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih semua!
Subscribe to:
Posts (Atom)