9 Mei yang akan tiba merupakan hari Ibu yang akan disambut di seluruh Malaysia dan beberapa buah negara yang memilih 9 Mei sebagai tarikh sambutan Hari Ibu. Hal ini kerana, sambutan Hari Ibu ini berbeza tarikhnya di setiap negara. Saya tercari-cari sejarah mengenai Hari Ibu. Ketika saya menziarahi wikipedia berbahasa Melayu, barulah saya tahu yang Hari Ibu diraikan bebeza tarikh dan bulan di setiap negara. Sambutan Hari Ibu ini menurut sesetengah pendapat ulama' merupakan suatu perkara haram kerana ianya menyamai sambutan Hari Ibu pada zaman Yunani Purba. Perayaan Hari Ibu ketika itu adalah untuk Cybele yang merupakan ibu kepada dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini terus dipraktiskan oleh masyarakat yang ada dengan cara menyediakan jamuan dan hadiah untuk ibu-ibu mereka. Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada sambutan agung ini. Sambutan yang menghargai jasa dan pengorbanan para ibu yang telah penat lelah menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Walaupun terdapat kenyataan ulama yang mengharamkan sambutan ini, namun penjelasan daripada Jabatan Mufti Selangor yang membenarkan sambutan Hari Ibu ini selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya, Hari Ibu merupakan hari yang teristimewa buat para ibu walaupun ungkapan kasih dan sayang pada ibu boleh dinyatakan pada bila-bila masa. Pandangan saya, tiada salahnya menyediakan sepotong kek mahupun juadah untuk ibu pada hari tersebut. Tidak juga semestinya para anak menyediakan hidangan istimewa tersebut hanya pada Hari Ibu, tetapi juga pada hari yang lain. Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga. Selamat Hari Ibu & semoga ibu kita sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. InsyaAllah..
Saya mungkin bersama keluarga akan menyediakan muffin untuk sambutan Hari Ibu tahun ini.
Doakan "muffin" kami menjadi.. =)
best eh..... ada muffin.... nyam2... krm salam ngan mak kau lak... pdh selamat ari ibu..
ReplyDelete