Oh, 16 Mei datang lagi… Seluruh Malaysia mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru dan juga ada dalam kalangan teman-teman yang mengucapkan selamat kepada diri saya. Tanggal 16 Mei setiap tahun, saya akan bersama dengan guru-guru seluruh Malaysia akan diraikan. Bukan kerana saya guru tetapi hari lahir saya jatuh pada 16 Mei juga. Tanggal 16 Mei tahun ini, 21 tahun usia saya. Namun kata orang, ia hanya angka dan tidak perlu dirisaukan. Tapi saya sering memikirkan adakah saya sempat untuk meraikan sambutan ulangtahun saya yang akan datang. Masa berlari pantas. Kadang kala saya tertinggal jauh tanpa sempat memintas. Dalam usia yang kian meningkat, pelbagai azam saya tanamkan dalam diri. Saya berharap agar ia terus berbunga dan dapat dituai bila tiba masanya. Kepada teman-teman yang telah mengucapkan selamat kepada saya dalam ruangan laman sosial Facebook , terima kasih saya ucapkan. Kepada keluarga dan kerabat juga terima kasih. Kepada pemberi kad ucapan selamat hari lahir kepada saya yang awal sebulan sebelum tanggal hari lahir saya, terima kasih juga ya. Kepada yang memberi hadiah yang begitu berharga dan mungkin mahal harganya, terima kasih juga. Oh ya, muffin sempena Hari Ibu yang saya dan keluarga siapkan, alhamdulilah! menjadi berkat doa kalian.
Monday, 24 May 2010
Thursday, 6 May 2010
Selamat Hari Ibu!
9 Mei yang akan tiba merupakan hari Ibu yang akan disambut di seluruh Malaysia dan beberapa buah negara yang memilih 9 Mei sebagai tarikh sambutan Hari Ibu. Hal ini kerana, sambutan Hari Ibu ini berbeza tarikhnya di setiap negara. Saya tercari-cari sejarah mengenai Hari Ibu. Ketika saya menziarahi wikipedia berbahasa Melayu, barulah saya tahu yang Hari Ibu diraikan bebeza tarikh dan bulan di setiap negara. Sambutan Hari Ibu ini menurut sesetengah pendapat ulama' merupakan suatu perkara haram kerana ianya menyamai sambutan Hari Ibu pada zaman Yunani Purba. Perayaan Hari Ibu ketika itu adalah untuk Cybele yang merupakan ibu kepada dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini terus dipraktiskan oleh masyarakat yang ada dengan cara menyediakan jamuan dan hadiah untuk ibu-ibu mereka. Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada sambutan agung ini. Sambutan yang menghargai jasa dan pengorbanan para ibu yang telah penat lelah menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Walaupun terdapat kenyataan ulama yang mengharamkan sambutan ini, namun penjelasan daripada Jabatan Mufti Selangor yang membenarkan sambutan Hari Ibu ini selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya, Hari Ibu merupakan hari yang teristimewa buat para ibu walaupun ungkapan kasih dan sayang pada ibu boleh dinyatakan pada bila-bila masa. Pandangan saya, tiada salahnya menyediakan sepotong kek mahupun juadah untuk ibu pada hari tersebut. Tidak juga semestinya para anak menyediakan hidangan istimewa tersebut hanya pada Hari Ibu, tetapi juga pada hari yang lain. Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga. Selamat Hari Ibu & semoga ibu kita sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. InsyaAllah..
Saya mungkin bersama keluarga akan menyediakan muffin untuk sambutan Hari Ibu tahun ini.
Doakan "muffin" kami menjadi.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)