Bersama hembusan angin pagi, saya menjenguk beberapa blog yang pernah rakan dan diri saya sendiri hasilkan untuk memenuhi markah kursus Dr. Mawar Shafie, yang merupakan pensyarah bagi Kursus Cerpen Melayu. Terdapat 10 buah kumpulan dengan 10 tokoh cerpen terkemuka tempatan. Saya titipkan link yang ada untuk saudara semua, rakan kami daripada program Kebudayaan dan Kesenian Melayu pun berminat mengenai blog kami ini. Terima kasih atas sokongan semua. Tekan sahaja gambar di bawah untuk maklumat tokoh yang ingin anda ketahui. Silakan...
Monday, 26 April 2010
Friday, 23 April 2010
Selamat Pagi Pengawas!


Rakan Semasa di Tingkatan 6


Thursday, 22 April 2010
Cinta Raudah



Wednesday, 21 April 2010

Dingin pagi, tiba-tiba saya dijemput oleh rakan laman sosial saya yang juga senior saya dalam Persatuan Mahasiswa/i Sarawak Saudara Azmi menjemput saya untuk ke blognya. Satu artikel mengenai etnik di Sarawak iaitu suku etnik Melanau. Dalam kesibukan menghabiskan bacaan untuk peperiksaan Hubungan Etnik jam 12tengah hari nanti, saya sempat juga membaca artikel ini. Silakan ya semua. Tekan link ini.
Saturday, 17 April 2010
Alahai Baju Biruku...


Keluar sahaja dari kereta, kami terus singgah di The Spring;
Saya terus membawa Rahman memilih baju-baju barunya di pelbagai kedai di dalam ruang The Spring ini antaranya;

Sebenarnya banyak lagi tempat kami pergi, tapi gambar kedai lain perlukan bayaran.. Silakan ya semua! Pepatah Melayu ada berbunyi "mangata dulang paku serpih..." sambung seterusnya ya! Alahai...
Thursday, 15 April 2010
Etnik Tatau

Pasangan ini disandingkan di atas gong..

Pasangan ini mungkin sedang menyajikan minuman teh umpamanya..
Ini pula pakaian tradisi etnik ini...

Artikel mengenai etnik ini amat menarik, jika saudara membuka link yang saya beri di atas, ada paparan video disertakan. Oh ya, kepada pembaca tentang artikel Salam Tradisi saya baru-baru ini, saya telah mengeluarkan artikel itu daripada blog ini, tetapi jika saudara ingin membacanya atau belum sempat meletakkan komen, beritahu saya ya, akan saya hantar salinannya kepada saudara menerusi emel, InsyaAllah..
Wednesday, 14 April 2010
Salam Jamadilawal!
Ketika saya sedang membelek helaian kalender pagi ini, rupanya baru saya tersedar yang hari ini merupakan hari pertama dalam bulan Jamadilawal yang merupakan bulan ke 5 dalam
kalender Islam. Jamadilawal merupakan permulaan kepada musim sejuk dan kering. Pada zaman Rasulullah, pada musim ini, cuaca kering dan air sukar didapati. Cepat masa berlalu. Teringat saya kata bijak pandai Hamka yang mengatakan kita dapat mengira masa-masa yang lalu, tapi tidak akan pernah dapat membilang hari-hari kemudiannya. Masa yang berlalu tak mungkin dapat kita kembalikan lagi, tapi hari-hari yang masih ada ini, ada baiknya kita penuhi dengan pelbagai perkara yang mendatangkan manfaat. Antaranya mungkin melakukan perkara-perkara sunat dalam bula
n Jamadilawal ini. Namun dalam bulan Jamadilawal ini tiada amalan khusus tetapi amalan sunat yang banyak tidak sempat kita lakukan mungkin pada bulan ini kita lakukan. Pelbagai peristiwa berlaku pada bulan Jamadilawal, antaranya ialah peperangan; Peperangan "Al-'Ashirah", Peperangan "Zat Ar-Riqa`", Peperangan Mu'tah, Peperangan Ajnadain. Pada bulan ini juga, telah syahid 2 tokoh Islam yang begitu besar pengorbanannya dalam Islam iaitu; Asma' binti Abi Bakar As-Siddiq yang digelar "Zat An-Nitoqain", salah seorang yang dijanji masuk ke syurga Allah s.w.t. dan Abdullah bin Az-Zubair, anak kepada Asma’ binti Abi Bakar. Semoga kita juga tergolong dalam mereka yang syuhada...


Ros Kalas

Ala ngendong ngendong
Ros kalas sayang di taman raja
Dipetik oleh adoh sayang suri… permaisuri
Tidak terbalas adoh sayang tuan, budimu tuan…
Betapa jaoh adoh sayang sini datang ke sini…
Ala ngendong ngendong
Teranglah bulan mengalik ubi,
Ubi digalik adoh sayang karong… berkarong karong…
Tuan di awan adoh sayang bumi, kamek di bumi….
Mengirum surat adoh sayang burong, dimulut burong…
Ini warna kalas atau kalau di sini dipanggil merah jambu;

Warna ini disebut gadong oleh sesetengah Melayu Sarawak;
Dan ini, engkodok, atau di sini dipanggil ungu;
Itu sahaja untuk hari ini ya, mengenali warna dalam bahasa Melayu Sarawak..
Monday, 12 April 2010
Salam Kayu Belian!
Ketika saya sedang duduk bersama 3 rakan saya yang
juga asalnya Sarawak, kami sempat berbual-bual mengenai kayu belian. Terus fikiran saya terbang jauh ke negeri kelahiran saya itu. Kata pepatah Melayu, tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain. Kalau pun saya tuliskan tentang kerinduan saya kepada tempat lahir saya ini, mesti gambarannya tidak dapat saya berikan kerana rindunya saya akan tempat ini tiada bandingannya, wajah keluarga, kerabat saudara dan teman-teman bermain membuat hati saya bertambah mendesak untuk kembali ke kampung halaman. InsyaAllah 1 Mei 2010 ini, saya akan dibawa terbang Kuching. Terima kasih saudara Lein John kerana membantu saya menempah tiket ya! Kayu belian
mungkin terkenal dalam kalangan masyarakat nusantara. Menurut teman saya, harga kayu belian ini boleh mencecah ratusan ringgit sebatang. Terus saya mencongak harga kayu belian di pasaran kini yang berharga antara RM40-100 sekaki mengikut gred. Kayu jenis belian ini lebih popular di kawasan hutan Pulau Borneo. Di Sarawak khususnya, pokok belian sendiri menjadi identity bagi negeri kami. Pokok ini boleh tumbuh setinggi 100 kaki dan mencapai diameter sehingga 36 inci. Kayu belian ini juga dikenali sebagai “kayu besi Borneo”. Kekerasan dan tidak mudah reput kayu ini menjadi pilihan pengguna tempatan mahupun luar. Lalu saya fikirkan betapa pentingnya kekuatan yang boleh diambil daripada falsafah kayu belian itu. Mungkin kita juga perlukan kekuatan untuk memastikan harga diri kita tidak mudah dipermainkan. Alangkah indahnya andai dapat sekuat kayu belian. Terima kasih buat saudara Denis, Stanley dan Jeaniel yang menjadi teman berbicara malam ini serta semua yang sudi membac a artikel ini. Ingat ya, sekuat belian…


Saturday, 10 April 2010
Salam Ikan Terubuk
Masa saya sedang membalas beberapa masej rakan-rakan saya melalui laman sosial facebook, tiba-tiba saya di tag dengan gambar ikan terubuk yang begitu popular bukan sahaja dalam masyarakat di Sarawak, malah juga di seluruh Malaysia. Terkenalnya ik
an ini sehingga ada dalam kalangan rakan di Semenanjung ini mengidam untuk menikmatinya. Di Sarawak, ikan terubuk ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Tidak semua tempat ada menjual ikan ini walaupun anda semua berada di pasar ikan. Ajaib kan? Tidak, sebenarnya unik. Ikan terubuk ini boleh didapati di beberapa kawasan tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu di Pasar Minggu Satok. Kalau pun sudah terliur untuk menikmati kelazatan dan enaknya ikan ini, mungkin anda boleh membelinya berhampiran salah sebuah tempat menjadi bukti pada satu masa dahulu kerajaan Sarawak yang berada di bawah kekuasaan Raja Brooke iaitu di Brooke Dockyard. Teman-teman pembaca jangan salah anggap
gambar bangunan Brooke Dockyard, kerana tiada yang menjual ikan terubuk di dalamnya, kerana itu tempat sejarah. Harga ikan terubuk ini semurah RM10 mengikut keadaan semasa. Jarang saya mendengar pembeli ikan ini akan menawar harga ikan ini, kerana penjual ikan ini sudah meletakkan harga yang sudah cukup berpatutan. Alang-alang sudah berada di Sarawak, saya ingin membawa teman-teman ke beberapa kawasan di Sarawak, lihat sahaja foto-foto di bawah ini, jika teringin untuk ke Sarawak, silakan. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Ramai yang masih beranggapan Sarawak ini masih penuh dengan hutan. Itu mungkin 100 tahun dahulu. Sekarang Sarawak sudah begitu gah dalam dan luar negara. Justeru, teman-teman, jangan membuat spekulasi sendiri ya. Salam ikan terubuk semua…



Mungkin anda inginkan penginapan bertaraf bintang dan anda patut menginap di Hotel Merdeka Palace.

Bersiar-siar di Bandaraya Kuching, singgahlah sekejap di The Coffee Bean, Sarawak Plaza ya!

Singgah sekejap di Plaza Tun Jugah..

Jauh untuk ke Miri kan, tapi apa salahnya kalau duit poket masih banyak..

Bandaraya Kuching menjelang senja..

The Spring, Kuching.

Parkson di Kuching, teringat masa tengok wayang & main boling bersama teman-teman...

Dewan Undangan baru, faktanya tercantik di Asia...

jom ke Boulevard..

malam sudah, jom balik
& selamat datang ke Sarawak ya semua!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)