Saturday 21 August 2010

Ramadhan ke-10

Hari ini merupakan hari ke-11 Ramadhan dan semalam genap sudah umat muslimin dan muslimat menyempurnakan 10 Ramadhan pertama. Semoga semua amalan kita diterima oleh-Nya. Amin...

Tuesday 17 August 2010

Salam Ramadhan!

Lama sudah saya tidak menjenguk rumah ke dua saya di laman maya ini. Kesibukan melayani teman-teman di laman sosial facebook kadang-kadang melalaikan diri saya tentang perkara lain. Manusia memang begitukan. Termasuk saya. Tapi tidak semua. Sering saja kita lupa akan apa yang pernah kita miliki setelah mendapat sesuatu yang lain. InsyaAllah akan selalu saya lawati teratak ini. Ingin saya kongsikan semua di dalam ruang yang ada. Sedar tak sedar, Ramadhan datang lagi. Bulan penuh barakah dan istimewa buat umat Islam seluruhnya. Perkara pertama mestilah puasa kerana kewajipan yang difardhukan. Sampingannya pelbagai ibadah lain yang disunatkan kerana setiap satu ibadah yang dilakukan, 70 kali ia digandakan. MasyaAllah! Ruginya saya yang sudah terlepas banyak waktu-waktu yang menguntungkan ini. Ya Allah, mohon akan Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir bagiku untuk beramal ibadat dan jadikanlah ibadat satu yang kau terima dengan kebesaran mu. Amin...